Blog bantuan buat mereka yang mengalami masalah Resdung dan Jerawat Kronik, Batuk Berkahak, Bersin, Gatal Hidung, Bernanah, Sakit Gigi dan Sakit Mata. Penting: sila baca!

Sakit Itu Ada Hikmah & Nikmatnya



SAKIT ITU ADA HIKMAH DAN NIKMATNYA

Sesungguhnya sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan. Manusia tidak selamanya sihat yang memungkinkan mereka melakukan apa saja tanpa batasan. Ada ketikanya manusia akan berdepan dengan musibah sakit. Namun janganlah menyangkakan ianya adalah satu azab yang ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.