| Nama Tempatan: | Kecubung |
| Nama Saintifik: | Datura Metel Linn |
| Nama Lain: | Horn Of plenty,angel"s trumpet,Downy thorn apple,Devil"s trumpet, |
| Famili: | Solanaceae |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan liar |
| Asal: | |
PENERANGAN :
|
|
Sinonim:Datura fastuosa, Linn. D. alba, Ness. D. fasttuosa, Linn. var alba C.B. Clarke.
Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak.Batangnya keras
berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun.Tinggi pokok
kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih
dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan
kerana bunganya yng cantik dan unik.Bunga kecubung membentuk serombong
yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis
yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya
yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning
dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus
diluarnya.Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan
hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali
kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.Penggunaan segala ubat dari
kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang. |
|
KEGUNAAN : | |
Kecubung
biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit
seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai
daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya
dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga
dikatakan dapat MERAWAT RESDUNG.Untuk rheumatik pula daun kecubung
diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya
dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih
panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung
dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan
menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.
| |
Blog bantuan buat mereka yang mengalami masalah Resdung dan Jerawat Kronik, Batuk Berkahak, Bersin, Gatal Hidung, Bernanah, Sakit Gigi dan Sakit Mata. Penting: sila baca!
Kecubung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment